LUAHAN HATI SEORANG GURU
Saya bukanlah seorang yang sempurna. Memang kita bukan dilahirkan sempurna.Namun kadang kala saya juga perlu bersuara untuk meluahkan rasa hati.Kalau terlalu ikut rasa hati kita akan mati,nak iikutkan rasa binasalah jadinya. Kerjaya seorang guru di bad ini memang sangat mencabar. Kita sudah memohon untuk menjadi guru, maka sepanjang kita berada di alam pendidikan akan kita tempuhi segala cabaran yang semakin hari semakin mencabar. Andai kita tidak tahan, maka disitulah nampak kelemahan kita sebagai orang yang lemah dan goyah. Kenapa kita harus goyah????? Adakah kerana cabaran dan dugaan yang mendatang??? Bagi saya saya sudah terpilih di antara untuk menjawat jawatan ini,maka saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk memikul segala nya denga hati yang terbuka.
Cumanya, ada di kalangan kita yang kurang komited dengan tugas yang telah diamanahkan. Apabila kita kurang beramanah,maka kita sendiri yang akan meletakkan segala bebanan itu di bahu orang lain. Adalah itu sesuatu yang tidak sepatutnya kita pegang dan semai di dalam diri kita. Kita diberi gaji untuk membimbing dan mengajar anak didik kita. Seharusnya kita akur dengan apa yang kita terima setiap bulan.Janganlah kita hanya melakukan batuk di tangga ,anak didik yang patut kita ajar dan dididik kita tinggalkan dengan kerap kali hanya kerana tugasan peribadi kita yang mana kita sendiri yang ciptakan. Sepatutnnya kita boleh elak untuk masa tertentu,tetapi adalah mustahil untuk kita mengenepikan peribadi. Ia sudah menyalahi prinsip diri. Sebagai seorang yang perfesional kita sepatutnya bijak dalam membahagikan masa yang sesuai untuk peribadi dan profesion.Jadilah seorang yang bijak!!!!!!
Selain tugas mengajar di dalam kelas setiap hari,saya juga perlu menyelesaikan beberapa tugasan lain seperti mengemaskini maklumat pelajar,menghadiri kursus,mesyuarat mahupun taklimat.Rutin harian seorang guru sentiassa terisi,sedangkan ada pihak yang bijak menyatakan cikgu banyak Cuti. Hakikatnya cikgulah yang paling sedikit cutinya
Selain tugas mengajar di dalam kelas setiap hari,saya juga perlu menyelesaikan beberapa tugasan lain seperti mengemaskini maklumat pelajar,menghadiri kursus,mesyuarat mahupun taklimat.Rutin harian seorang guru sentiassa terisi,sedangkan ada pihak yang bijak menyatakan cikgu banyak Cuti. Hakikatnya cikgulah yang paling sedikit cutinya
Ini hanyalah luahan hati saya. maaf andai ada yang terasa. Saya hanya meluahkan rasa isi hati saya.
No comments:
Post a Comment