Tuesday, 21 January 2020

Tiada Perubahan

Kenapa? dan mengapa hal ini terjadi?
 Adakah disebabkan kita yang tidak faham akan post-mortem yang dibincangkan atau memang sentiasa mengharap bantuan orang lain.

Semua kita ada tugasan masing -masing jadi berusahalah untuk mengubah diri dengan belajar seseuatu yang baharu bukan hanya mengharap orang membuatnya untuk kita.

Di akhir cerita nanti kita cepat melatah dengan memarahi orang lain yang berkenaan sedangkan kitalah puncanya.


Selamat tahun baru 2020. Cuma coretan

Monday, 19 November 2018

Cuti

Cuti tak lama lagi. Semua yang bersekolah akan menikmati cuti termasuk guru guru. namun tidak semua cuti dapat dinikmati sepenuhnya kerana perlu akur dgn Perintah Am bahawa cuti seua pegawai boleh dipanggil semula. So, bersedia sentiasa semasa cuti. jangan seronok dengan cuti, tinggalkan 80% keseronokkan tu ya. 20% tu untuk emergency panggilan daei setesen tempat bertugas


Monday, 1 May 2017

Kita sedar diri sudah matang untuk membuat keputusan

Sesaat masa berlalu bermakna semakin meningkat usia kita. Apa yang kita lakukan bukan semua orang di sekeliling kita menyenanginya, apa yang tak.betul.kita buat,cerminannya anak anak. Silap kita buat, ia akan menjadi bahan cemuhan,ikutan,atau sindiran. Kita patut sedar setiap,gerak langkah kita itu adalah refleksi mereka. Jangan pula hanya kerana mereka lebih muda tidak boleh menegur kita yang sudah tua. Teguran yang membina kita sebagai yang tua patut terima., begitulah sebaliknya. Tidak semestinya kita yang lebih tua bagus dan sentiasa di perlu dihormati. Kematangan fikiran tidak mengenal usia.

Tuesday, 4 April 2017

Mengejar nama

Sejak akhir akhir ini adalah menjadi trend setiap sekolah untuk.mengadakan.kelas bimbingan untuk peperilsaan awam. Guru guru dan pelajar dikerah dan diarah untuk.menjalankankelas bimbingan tersebut selepas waktu persekolahan mahupun semasa cuti. Tiada istilah cuti bagi guru dan murid yang akan menjalani peperiksaan. Sekiranya sekolah tersebut tidak menjalankann kelas bimbingan maka anggapan sebaliknya terus diberikan.kepada sekolah tersebut. Kita tidak pernha memikirkan kesihatan guru mahupun.murid. pihak pentadbir dikerah untuk.mengarah para guru dan murid. Apabila berlaku musibah menimpa pelajar atau murid tiada siapa yang ambil kisah.