KESEDARAN TENTANG ALAM SEKITAR
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang paling berharga. Untuk memelihara dan menjaga alam sekitar kita perlu mempunyai kesedaran tentangnya. Komitmen yang tinggi memerulukan kerjasama dari semua pihak. Aktiviti -aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam menerajui keberkesanannya perlu dititikberatkan.Sokongan dari pihak yang berwajib sangat diperlukan untuk menyokong aktiviti ini.
Pihak sekolah adalah agen yang paling sesuai untuk menyedarkan betapa pentingnya memelihara alam sekitar ini. Kanak-kanak perlu diterapkan tentang kesedaran betapa pentingnya menjaga alam sekitar untuk masa depan mereka. Kalau tiada kesedaran sudah pasti mereka tidak akan mengendahkan kepentingan alam sekitar .
Alam sekitar perlu dijaga untuk masa depan semua terutama generasi yang akan datang. Kalau kita tidak memulakannya hari ini, siapa lagi? Sedarlah betapa pentingnya menjaga alam sekitar kita.
No comments:
Post a Comment